Ingat !!!
Wednesday, 25 December 2013 | 22:39 | 0 comment(s)
LELAKI
BERWASPADA!!!
Di
akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:
1.
Ayahnya
Apabila
seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya
didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia
sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s;
Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat &
saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah
satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2.
Suaminya
Apabila
sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas
di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya
tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s;
Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak
kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat
yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)
3.
Abang-abangnya
Apabila
ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s;
Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu,
dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan
diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat…
dan tidak menutup aurat.)
4.
Anak2 lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram
disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya
ke neraka.
(p/s;
Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr
melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’
neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah…..betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun
tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman
Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan
batu-batu….”..!!!!






